Apakah itu SEANET ?

SEANet atau secara penuhnya adalah South East Asia Network merupakan satu rangkaian radio yang telah diadakan sejak dari tahun 1964 di frekuensi 20 meter band, tepatnya di 14.320Mhz.

Tujuan ?

Tujuan rangkaian ini diadakan secara assisted net bersama seorang pengawal rangkaian adalah untuk mempromosikan radio amatur, cara untuk menghantar mesej secara berkesan ketika berlakunya kecemasan dan juga untuk merapatkan radio amatur antara negara di Asia tenggara.

Waktu diadakan ?

SEANET diadakan pada setiap hari 1200 UTC di frekuensi 14.320Mhz, sebagai tempat perjumpaan untuk semua radio amatur di Asia tenggara, SEANET juga mengeratkan perhubungan sesama mereka dengan berbincang mengenai perkembangan radio amatur, cuaca dan lain-lain hal. Maklumat yang lebih lanjut sila ke http://www.seanet.cc/history.htm

SEANET Convention

Convention pertama telah diadakan di Hotel Ambassador Penang pada tahun 1972. Rujuk http://www.seanet.cc/about_seanet.htm

2012 SEANET Convention Di Malaysia

SEANET Convention pada tahun 2012 akan diadakan di Malaysia. Setelah Brunei menjadi tuan rumah, Persatuan Radio Amatur Kecemasan Malaysia mengambil tanggungjawab untuk menjadi penganjur SEANET Convention yang turut juga ditaja oleh Tourism Malaysia. Untuk maklumat lanjut ke laman web rasmi, http://2012sea.net/

By 9M2PJU

An amateur radio operator, military veteran, jack of all trades and master of none.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!