Yaesu To Kenwood Mic Converter
Semalam sudah siap satu microphone converter untuk dipasang dari microphone Kenwood model MC-80 ke transceiver Yaesu yang menggunakan port jenis modular. Keseluruhan pin ada 8, pinout saya ambil dari website G4WPW.
- http://www.qsl.net/g4wpw/mc80.html untuk microphone Kenwood MC-80
- http://www.qsl.net/g4wpw/mh31a.html untuk melihat pinout transceiver Yaesu yang menggunakan modular connector.
Pendawaian dibuat pada patch cord CAT 5e yang sudah siap bersama connector RJ-45. dipotong pada hujung yang tidak dipakai dan disambung ke connector microphone 8 pin male.
Oleh kerana microphone Kenwood MC-80 adalah jenis electret condenser dan mempunyai pre-amp, setting microphone gain di transceiver harus diubah untuk disesuaikan supaya tidak berlaku over modulated signal atau distorted audio.
Yaesu FT-857D Microphone Impedance: 200 – 10 k Ohm (Supplied microphone: 2 k Ohm)
Kenwood MC-80 Microphone Impedance: 700 ohms
Share this content:
Post Comment