Loading Now

Gerakan 30 September (G 30 S)

Gerakan 30 September atau G 30 S PKI, G-30S/PKI, Gestapu (Gerakan Tiga Puluh September), Gestok (Gerakan Pertama Oktober) adalah peristiwa yang terjadi pada 30 September 1965 di mana enam orang pemerintah tertinggi tentera Indonesia bersama beberapa orang lagi terbunuh dalam pemberontakan cubaan rampasan kuasa yang dilakukan oleh anggota Parti Komunis Indonesia (PKI) dan mayat-mayat mereka telah dimasukkan ke sebuah lubang yang dinamakan sebagai “sumur maut” di Lubang Buaya, Cipayung, Jakarta Timur.

Dalam peristiwa itu, kuasa Presiden Indonesia iaitu Sukarno telah diambil alih oleh Jeneral Suharto. Selepas G30S gagal, rakyat Indonesia lebih membenci komunis dan membunuh ratusan ribu orang yang disyaki komunis dan setelah itu komunisme di Indonesia mula diharamkan.

Share this content:

Post Comment