G5RV Antenna: Inverted V Atau Flat ?
G5RV adalah satu jenis antenna dalam kategori multiband yang memerlukan tuner. Antenna ini menjadi pilihan mereka yang suka membuat contact dengan station yang jauh (DX) kerana mudah dibina, murah dan juga senang dibawa untuk portable operation.
Antenna ini dicipta oleh Louis Varney dengan callsign G5RV pada tahun 1946. Secara asasnya, antenna ini terdiri dari 102 kaki element wayar dan 34 kaki feeding stub. Interaksi di antara elemen wayar ini dan juga feeding stub menjadikan antenna ini senang di match kan untuk frekuensi dari 80 meter band sehingga 10 meter band.
Secara kasarnya, antenna ini juga sama dengan dipole separuh gelombang untuk 80 meter band dan juga gelombang penuh untuk 40 meter band. Pada 20 meter band, antenna ini memberikan 4 ke 6 low angle lobes dalam kesemua arah menjadikan antenna ini sesuai untuk membuat contact dengan station DX.
Bagaimana untuk memasang antenna G5RV ? adakah inverted v setup ataupun horizontal ? mari kita bincang.
setelah membuat simulasi dengan menggunakan software, saya mendapati antenna G5RV ini mesti dipasang secara horizontal untuk mendapatkan 4 ke 6 low angle lobes pada 20 meter band supaya bagus digunakan untuk DXing. Jika dipasang secara inverted V seperti monoband dipole, 4 ke 6 low angle lobes itu akan hilang, gain juga akan turun.
Lihat gambar di bawah,
G5RV dipasang secara flat, ataupun horizontal.
Kesimpulan, secara teorinya antenna ini mesti dipasang secara flat untuk mendapatkan prestasi yang bagus pada 20 meter band. Bagi mereka yang suka membuat contact dengan station yang jauh semestinya anda memerlukan kesemua low angle lobes yang mampu dihasilkan oleh antenna ini. Untuk komunikasi tempatan atau local communication pada 40 meter band dan juga 80 meter band, pemasangan secara inverted V sudah memadai.Tentukan feeding stub, ladder lane, atau twin lead cable dalam keadaan tegak.
Share this content:
Post Comment