Antena Dipole Separuh Gelombang
Seperti yang kita sudah sedia maklum, dipole antenna adalah antenna ringkas yang boleh dibuat dari wayar dengan suapan tengah driven element. dipole antenna merupakan antenna dari 2 konduktor terdiri dari rod ataupun wayar dipasang secara parallel dengan satu ruang di tengahnya (insulator). voltan frekuensi radio diberi pada bahagian tengah di antara kedua konduktor. dipole sedia ada boleh digunakan ataupun boleh digunakan sebagai driven element untuk antenna lain seperti Yagi. dipole dicipta oleh ahli fizik Jerman, Heinrich Hertz pada sekitar tahun 1886 dalam eksperimen beliau dalam gelombang radio.
sebaiknya, satu antenna dipole separuh gelombang mesti di suap dengan balanced line bagi mengimbangi impendance antenna sebanyak 73 ohm. satu folded dipole antenna selalunya digunakan dengan 300 ohm balanced feeder line.
ramai orang memilih untuk menyuap dipole secara terus dengan satu coaxial cable berbanding dengan satu ladder line. bagaimanapun, coaxial cable sebenarnya tidak symmetrical menjadikannya bukan satu penyuap yang seimbang.ini adalah kerana bahagian luar coaxial cable itu sendiri bersambung dengan pembumian. apabila satu balanced antenna seperti dipole bersuap dengan satu suapan yang tidak seimbang, arusnya akan menjadikan coaxial cable itu untuk radiate disamping elemen antenna itu sendiri, maka radiation pattern akan terganggu. keadaan ini boleh diselesaikan dengan menggunakan balun.
pelbagai jenis balun boleh digunakan bersama dipole, samada current balun, coax balun ataupun sleeve balun.
dipole adalah jauh lebih bagus dari whip antenna, yang selalunya quarter wave monopole. jumlah radiasi yang terhasil dari dipole jauh lebih kuat dari satu antenna suku panjang gelombang. Oleh itu whip antenna memerlukan ground plane yang sempurna untuk memastikannya bekerja dengan lebih efisyen pada keadaan half space seumpama dipole pada free space, jauh dari permukaan yang konduktif seperti permukaan bumi.
Share this content:
Post Comment