New Carolina Windom
New Carolina windom atau window antenna adalah sejenis off center feed dipole. Antenna jenis ini popular pada tahun sekitar 70 dan 80an dan terkenal oleh kerana sifatnya yang multiband tanpa memerlukan antenna tuning unit. Dicipta oleh Loren G. Windom, bercallsign W8GZ. Idea asal beliau adalah berbeza dengan new carolina windom, traditional carolina windom menggunakan 300 ohm ladder line atau twin lead cable sebagai penyuap manakala new carolina windom menggunakan RG58 50 ohm sebagai penyuap. Traditional windom juga dikatakan tidak bagus kerana tiada RF choke, menjadikan RF berkeliaran sehingga ke dalam shack.
New carolina windom untuk 40 meter band berukuran 20 meter panjang atau 66 kaki, separuh gelombang untuk 40 meter band, mempunyai satu titip penyuap yang terletak di 37.8% dari hujung salah satu sisi. Oleh kerana impedance antenna ini adalah sekitar 200 ohm, maka satu balun 4:1 perlu dipasang pada titip penyuap. RG58 sepanjang 10 kaki adalah kabel penyuap kepada wayar antenna juga bertindak sebagai vertical radiator. satu rf choke perlu dipasang selepas kabel RG58 10 kaki untuk menghalang transmission line dari menjadi separuh dari antenna.
New carolina windom dikatakan bagus kerana kurang loss dan juga banyak RF diradiasikan secara omnidirectional pada sudut yang rendah, menjadikannya pilihan untuk para DXer. Untuk mereka yang mempunyai ruang yang luas, full size 80 meter new carolina windom adalah yang terbaik. Bagi mereka yang kesempitan ruang, 40 meter separuh gelombang sudah memadai.
Cara membuat antenna new carolina windom untuk 40 meter band dan 80 meter band:
- potong wayar kuprum sepanjang separuh gelombang untuk frekuensi paling bawah yang akan digunakan, sebagai contoh 7.100mhz (468 / 7.1mhz = 65.9 kaki), 3.9mhz (468 / 3.9mhz = 120 kaki)
- potong wayar tadi pada titik 37.8% dari sisi
- sambungkan kedua elemen wayar tadi kepada 4:1 balun
- suapkan balun dengan satu kabel RG58 50 ohm sepanjang 10 kaki, untuk 80 meter band adalah 20 kaki, nisbah 4:1.
- sambungkan hujung RG58 tadi kepada satu line isolator / RF choke
- pastikan bila anda memasang antenna ini, tentukan elemen wayar tergantung sekurangnya 24 kaki dari paras bumi secara horizontal dan RG58 sepanjang 10 kaki / 20 kaki perlu dalam keadaan tegak.
Share this content:
Post Comment