Gentlemen’s Agreement ?
jika dilihat pada band plan 40m dari IARU region 3, jelas mengatakan bahawa tiada had untuk mod CW, tetapi ada had untuk mod SSB iaitu dari 7.030mhz dan ke atas. persoalannya, bolehkah seseorang itu mengoperasikan mod CW pada semua frekuensi di 40m band? mari kita tengok.
kalau dilihat dari band plan IARU region 3, sudah tentu tiada masalah kerana tertulis mod CW boleh digunakan pada awalan frekuensi sampai ke hujung.
Tetapi, ada sesetengah berkata. gentlemen’s agreement telah dibuat, dan semua telah bersetuju bahawa pengoperasian mod CW harus di awalan frekuensi di 40m band dan mod SSB di atas sehingga penghujung 40m band.
Persoalannya lagi, adakah gentlemen’s agreement yang telah dibuat itu betul-betul dipersetujui oleh semua pihak? dan kenapa pengoperasian mod SSB di CW portion berlaku? mari kita lihat video
Di dalam video ini terdapat stesen Indonesia yang menggunakan 7.005mhz untuk beroperasi dalam mod SSB, mari kita lihat band plan dari ORARI Indonesia pula.
Pada band plan ORARI pula, jelas tertulis bahawa, 7.000 – 7.200 boleh digunakan untuk mod CW, 7.025 – 7.040 adalah untuk data dan 7.040 – 7.200 untuk mod SSB. Lagi sekali, tiada had untuk mod CW, tetapi ada had untuk mod SSB.
Dalam kedua-dua band plan dari IARU region 3 dan ORARI tidak tertulis bahawa spot untuk pengoperasian SSB berada di sekitar 7.005mhz.
Back to the topic, adakah gentlemen’s agreement yang telah dipersetujui itu benar-benar diterimapakai oleh semua pihak? (pengoperasian mod CW harus di awalan frekuensi di 40m band dan mod SSB di atas sehingga penghujung 40m band.)
Ataupun semua ini merupakan undang-undang yang tak tertulis atau unwritten law? kalau semua ini unwritten law, jadi apa yang IARU region 3 dan ORARI tulis pada band plannya? dan adakah gentlemen’s agreement yang dikatakan telah dipersetujui itu sebenarnya tidak dipersetujui oleh semua pihak? jikalau SSB boleh dijalankan di CW portion, adakah CW juga boleh dijalankan di SSB portion?
Share this content:
Post Comment