Loading Now

Malam Straight Key 1 Januari

Home_Page_Banner_ARRL_Straight_Key_Night Malam Straight Key 1 Januari

Setiap tahun pada 1 Januari akan berlansung acara ARRL Straight Key Night. Bermula dari 0000 UTC sehingga ke 2359 UTC. Acara ini bukanlah contest atau pertandingan untuk memungut mata tertinggi, tetapi ia merupakan acara tradisi bagi mengingati dan menyambut akan mod CW atau kod Morse yang sentiasa menjadi salah satu kemahiran dan mod pilihan bagi radio amatur. Tiada sistem pemarkahan dalam acara ini kerana setiap peserta adalah pemenang.

Selalunya aktiviti ini diadakan pada setiap jalur di frekuensi tinggi (HF). Pada asalnya, idea untuk acara ini adalah dari Dan Henderson, N1ND. Beliau menulis tentang SKN ini di majalah QST. Beliau memberi idea straight key night adalah untuk memperingati semua elmer yang telah banyak membantu beliau dan juga radio amatur lain untuk menguasai kod Morse.

J38TelegraphKey Malam Straight Key 1 Januari

Kenapa straight key? kenapa bukan paddle? ya. mesti ada yang tertanya. jawapan yang terbaik adalah, straight key merupakan peralatan “user interface” yang pertama yang dicipta untuk menghantar kod Morse. sebelum wujudnya paddle, straight key banyak membantu operator di kapal, stesen keretapi dan juga pejabat pos untuk menghantar mesej kepada stesen lain.

Guglielmo_Marconi_1901_wireless_signal Malam Straight Key 1 Januari

Straight key telah lama wujud dan sejarahnya, ia telah digunakan oleh bapa kepada penghantaran radio jarak jauh iaitu Guglielmo Marconi. Straight key amat mudah untuk dibuat, terdapat banyak pilihan dan juga design straight key. Straight key juga digunakan pada perang dunia, pada aktiviti SOTA radio amatur, aktiviti IOTA, contest, SKCC net dan sebagainya.

40mdx Malam Straight Key 1 Januari

Terdapat ramai SWL di luar negara yang memiliki straight key dan mampu menterjemahkan kod Morse. Untuk mengetahui tentang ARRL Straight Key Night, sila ke http://www.arrl.org/straight-key-night

straightkeynight Malam Straight Key 1 Januari
“CW – telah digunakan dan dinikmati sejak hari terawal wujudnya radio amatur”

Share this content:

Post Comment