Mod CW
Modulasi merupakan satu proses dalam sebuah pemancar di mana bunyi suara, atau sebarang kod mesej dimasukkan ke gelombang radio. Perbezaan kaedah untuk memodulasikan isyarat radio dipanggil mod. Isyarat radio yang belum dimodulasikan dipanggil sebagai carrier. Sebagai contoh, jika anda mendengar bunyi angin pada sebuah penerima, itu adalah carrier. Mod-mod ini mempunyai kebaikan dan juga keburukan yang tersendiri. Sebagai contoh, CW merupakan satu bentuk mod yang ringkas. Output pemancar dihidupkan dan dimatikan untuk membentuk karakter kod Morse. Pemancar CW adalah ringkas dan tidak mahal. Isyarat CW tidak menggunakan ruang frekuensi yang besar. selalunya kurang dari 500 hz. Walau bagaimana pun, isyarat CW susah untuk didengar pada penerima lama. Selalunya radio moden dilengkapi dengan beat frequency oscillator. Litar BFO ini menghasilkan carrier kedua yang “berlaga” dengan isyarat CW yang diterima seterusnya menghasilkan bunyi CW.
Share this content:
Post Comment