VS2DD, callsign radio amatur bagi 40 Royal Marines Commando di Malaya. Satu pasukan khas yang telah melatih Grup Gerak Khas (pasukan khas bagi tentera darat Malaysia).
Tidak dapat dipastikan di mana lokasi stesen ini tetapi jika dibaca pada sejarah penubuhan Grup Gerak Khas, latihan yang dianjurkan oleh 40 Royal Marines Commando adalah bertempat di Kem Majidee, Johor.
 
Sedikit sejarah tentang Grup Gerak Khas,
 
Telah ditubuhkan pada 7 May 1965 sebagai Special Service Unit (MSSU). Pada 25 Februari 1965, satu latihan asas komando diperkenal dan dikendalikan oleh Regimen ke 40 Komando Marin DiRaja British (40th British Royal Marines Commando) di Kem Majidee, Johor Bahru, Johor.
 
Daripada 300 sukarelawan yang mengambil bahagian, hanya 15 orang sahaja yang terpilih untuk menjalani latihan asas Komando selama 6 minggu. Pada akhir latihan, hanya 4 Pegawai dan 9 anggota dari lain-lain pangkat berjaya dalam latihan ini dan juga merupakan trup nukleus yang pertama. Di antara mereka adalah :
 
1. Mejar Abu Hassan bin Abdullah (12036) (Kolonel Bersara)
2. Leftenan Mohd Ramli bin Ismail (12212) (Mejar Jeneral Bersara)
3. Leftenan Muda Ghazali bin Ibrahim (12264) (Mejar Jeneral Bersara)
4. Leftenan Muda Hussin bin Awang Senik (12276) (Kolonel Bersara)
5. 6842 Sarjan Ariffin bin Mohamed (Bersara PW I)
6. 300152 Sarjan Anuar bin Talib (Bersara PW 7. 4861 Sarjan Zakaria bin Abbas (Bersara S/Sjn)
8. 201128 Sarjan Yahya bin Darus
9. 202072 Koperal Silva Dorai (Bersara S/Sjn) 10. 203712 Koperal Moo Kee Fah (Bersara PW II)
11. 10622 Koperal Sabri bin Ahmad (Bersara PW II)
12. 13852 Lans Koperal Johari bin Haji Mohd Sirat (Bersara PW II)
 
Kejayaan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga berkebolehan untuk mengambil apa jua peranan dan tugas yang diberikan. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada jurulatih khas dari Rejimen ke 40 Royal Marines Commando British di bawah pimpinan Mejar Bacons dan Kapten Seager, Grup Gerak Khas mula melebarkan sayap pada tahun yang sama, mereka berjaya mengatasi 6 latihan asas komando.
 
Mejar Abu Hassan bin Abdullah merupakan Pegawai Pemerintah Pertama bagi Grup Grak Khas (GGK), dan Sarjan Ariffin menjadi Sarjan Mejar Skuadron yang pertama. Pada akhir 1965, kekuatan GGK adalah sebanyak 70%. Bagi memastikan pembangunan yang seiring dengan pasukan khas, pegawai dari pelbagai pangkat dihantar keluar negara untuk menjalani kursus-kursus khas seperti penyusupan lintas udara, penerjunan bebas, operasi-operasi khas, renjer, teknik amfibia dan sebagainya.
 
GGK juga mengadakan latihan bersama dengan pasukan khas dari negara lain seperti KOPASSUS TNI-AD dari Indonesia, Special Air Service (Australia, British), Special Service Group (Pakistan), US Delta Force dan Green Beret (Amerika Syarikat). KOPASSUS yang merupakan pasukan khas Indonesia yang paling kerap mengadakan latihan silang bersama dengan GGK ini kerana bagi menjaga nama baik kedua-dua negara serumpun selepas konfrontasi tersebut, pasukan ini mengadakan hubungan persahabatan dengan unit elit ini. GGK telah mengadakan operasi di Timur Malaysia dan semasa insiden 13 Mei 1969. Selepas Konfrontasi 1967, terdapat perbincangan sama ada untuk menyambung atau mengekalkan unit khas ini. Ini kerana terdapat implikasi kewangan dari unit GGK di mana ia bersamaan dengan keperluan dua Batalion Infantri. Oleh kerana isu tersebut, GGK telah dipindahkan ke Kem Segenting, Port Dickson pada 1968.
 
Insiden 13 Mei telah membuktikan bahawa GGK merupakan aset yang berharga buat kerajaan dan patut dikekalkan dan dikembangkan kepada regimen. Apabila elemen dan unit baru diserap ke dalam GGK, mereka telah dipindahkan ke Kem Sungai Udang, Melaka dan pada 1 Ogos 1970, Regimen Gerak Khas pertama telah dibentuk.”
Kad QSL ini merekodkan perhubungan menggunakan kod Morse bersama stesen dari Amerika iaitu W6RXW dan operator VS2DD pada ketika itu adalah Sarjan Bill Mordue yang juga mempunyai callsign peribadinya iaitu G3FGD dan ZB1AQ.
 
Kemungkinan besar Sarjan Bill Mordue adalah seorang operator radio di dalam 40 Royal Marines Commando. Walaupun 40 Royal Marines Commando telah dibubarkan, masih terdapat peninggalan 40 Royal Marines Commando dalam Gerup Gerak Khas. Yang paling nyata adalah tradisi pemakaian lanyard biru dan penganugerahan pisau belati Fairbairn-Sykes kepada ahlinya.
 

By 9M2PJU

Amateur radio operator from Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *