Semalam sudah siap satu microphone converter untuk dipasang dari microphone Kenwood model MC-80 ke transceiver Yaesu yang menggunakan port jenis modular. Keseluruhan pin ada 8, pinout saya ambil dari website G4WPW.

  1. http://www.qsl.net/g4wpw/mc80.html untuk microphone Kenwood MC-80
  2. http://www.qsl.net/g4wpw/mh31a.html untuk melihat pinout transceiver Yaesu yang menggunakan modular connector.

 Pendawaian dibuat pada patch cord CAT 5e yang sudah siap bersama connector RJ-45. dipotong pada hujung yang tidak dipakai dan disambung ke connector microphone 8 pin male.

Oleh kerana microphone Kenwood MC-80 adalah jenis electret condenser dan mempunyai pre-amp, setting microphone gain di transceiver harus diubah untuk disesuaikan supaya tidak berlaku over modulated signal atau distorted audio.

Yaesu FT-857D Microphone Impedance: 200 – 10 k Ohm (Supplied microphone: 2 k Ohm)

Kenwood MC-80 Microphone Impedance: 700 ohms

By 9M2PJU

Amateur radio operator from Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *