Cara Menguasai Kod Morse
Kaedah Koch
Secara tradisional, kod Morse diajar dengan cara susah dengan cara menerima semua kod pada kelajuan perlahan dan kemudian maju ke kelajuan yang lebih tinggi.
kaedah Koch, iaitu cara lain membuktikan bahawa anda harus mulai belajar dengan kelajuan yang dikehendaki – tetapi anda bermula dengan hanya 2 karakter yang dihantar secara rawak. Setiap sesi adalah lima minit, dan setiap kali anda mendapatkan 90% atau 100% betul, anda boleh menambah hanya 1 karakter lain. Kombinasi Koch adalah seperti berikut K M U R E S N A P T L W I J Z F O Y V G Q H B C D X. Untuk nombor pula, 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0. Kombinasi sebenar Koch adalah terdiri dari gabungan huruf dan nombor, saya telah mengasingkan antara karakter ini bagi memudahkan sesi pembelajaran.
Kaedah Koch dicipta oleh psikologis Jerman Ludwig Koch pada 1930-an.
Pemasaan Farnsworth.
karakter dihantar pada kelajuan yang tinggi, tetapi jarak tambahan dimasukkan di antara aksara dan kata-kata untuk melambatkan kelajuan penghantaran sebenar. Keuntungan dari ini adalah bahawa anda terbiasa untuk mengenali watak pada kelajuan yang lebih tinggi, dan dengan demikian akan lebih mudah untuk meningkatkan kelajuan nanti.
ARRL menggunakan pemasaan Farnsworth untuk penghantaran, latihan dan kaset ujian dengan kelajuan 18 WPM (90 CPM).
Pemasaan Farnsworth dicipta oleh Donald R. Farnsworth (W6TTB) pada akhir 1950-an.
Teknik Pengasingan Dit Dan Dah.
Teknik ini mengasingkan antara bunyi dit dan dah. Bermula dengan huruf E I S H , T M O, dan seterusnya seperti aliran dalam carta ini
Kelajuan yang disarankan adalah seperti pemasaan Farnsworth. Kaedah ini sesuai untuk mereka yang “tone deaf”. Ini adalah kerana bunyi antara dit dan dah telah diasingkan supaya mereka lebih senang untuk membezakan antara bunyi tersebut.
Software yang dicadangkan boleh didapati di http://www.justlearnmorsecode.com/
Ini adalah kerana software Justlearnmorsecode ini sangat ramah pengguna, tone dan kelajuan boleh diubah mengikuti citarasa, kombinasi yang boleh diubah mengikut pelbagai kaedah serta pattern penghantaran yang menyerupai ayat sebenar.
p/s: perlu diingat bahawa kod Morse adalah kod bunyi. sebarang cara untuk mengingati kod secara Visual Mnemonic adalah cara yang salah sama sekali, kecuali dengan cara Syllabic Mnemonics. setakat ini masih tiada dokumen tentang Syllabic Mnemonics kod morse yang sesuai dalam bahasa Melayu, kecuali dalam bahasa Inggeris. sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Morse_code_mnemonics . Jangan belajar dalam keadaan yang selesa, jangan biasakan dengan 2 spacing, cuba 12WPM, 13WPM atau 14wpm single spacing dan paksa diri anda sampai ke kemuncak. Latihan Kod Morse adalah untuk membina reflek di dalam minda, bukan formula ataupun teknik mengira berapa dit atau dah. Biasakan dengan irama sesuatu huruf. Jika tonenya tinggi, mungkin kod itu akan berbunyi seperti “tit ta, ta ti ti ti”, jika tone itu sedang-sedang, morse akan berbunyi seperti “dit da, da dit dit dit, dan juga jika tone terlalu rendah, mungkin akan berbunyi seperti, “bi ba, ba bi bi bi”, oleh itu jangan bertanggapan bahawa Kod Morse itu akan berbunyi sempurna, cuba biasakan dengan perbagai tone bunyi dan kelajuan. Sebagai latihan, jika anda melihat sesuatu huruf, biasakan dengan menyanyikan irama huruf itu di dalam hati. Sebagai permulaan, cubalah satu huruf sehari, dengar sambil salin di kertas. Mendengar tanpa menulis huruf adalah sia-sia bagi mereka yang baru berjinak dengan Kod Morse.
Sesungguhnya tiada satupun kaedah yang boleh menjanjikan penguasaan anda dalam Kod Morse jika anda sendiri tidak berusaha. Latarbelakang seseorang adalah berbeza dari segi IQ, jantina, umur, pendidikan, pekerjaan, bakat, kesungguhan dan lain-lain. Anda harus mencuba pelbagai kaedah dan bereksperimentasi dengannya supaya anda temui teknik yang paling sesuai bagi diri anda.
“Practice makes perfect”
“Alah bisa tegal biasa”
Selamat mencuba.
Share this content:
Post Comment