Keindahan Minda
Masalah minda adalah hubungan di antara minda dan juga fizikal yang selalunya dilihat sebagai isu utama di dalam filosofi minda walaupun ada juga isu lain menunjukkan keadaan semulajadi minda yang tidak melibatkan fizikal.
Sebagai seorang manusia, kita tidak akan pernah untuk tidak melakukan kesilapan. Tidak ada seseorang manusia pun lahir ke dunia ini terus dapat berlari. Pelajaran dan pembelajaran adalah satu perkara yang berlaku berterusan sejak dari kita lahir sehingga kita tiada lagi di muka bumi ini.
saya akui, ramai di antara kita melakukan kesilapan, sama ada dengan sengaja ataupun tidak. Sejarah dan kita, apakah yang relevan di antara dua perkara ini ?
Sejarah, adalah satu titik di mana sejak munculnya sesuatu perkara itu, garis masa yang tertulis dari masa yang lepas sehingga masa kini. Sejarah juga menentukan masa depan sesuatu perkara. Jika kita tidak mengetahui sejarah, maka pincanglah masa depan. Agama, bangsa dan juga negara wujud dari sejarah, ada pepatah klasik dari Tibet yang mengatakan, jika kita tidak memulakan sesuatu perkara tidak akan terjadi sesuatu perkara.
Sejarah negara menjadikan sesuatu negara itu kuat dan bermotivasi serta mempunyai sifat dan keinginan yang kuat untuk memajukan negara dan juga rakyatnya sendiri.
Sejarah agama menjadikan seseorang itu beriman dan percaya serta berani untuk memperjuangkan tuntutan agama.
Sejarah salasiah menjadikan seseorang itu berbangga dan juga berani memperjuangkan apa yang telah nenek moyangnya perjuangkan.
Jika kita mempercayai dan meminati sesuatu perkara, kita seharusnya berani dan sanggup memperjuangkannya. Sejarah adalah penting sebagai eset untuk kita komited terhadap apa yang kita percaya dan minati.
Apabila kita tidak mengetahui sejarah atau buta sejarah, masa depan mungkin pincang dan garis masa juga akan berubah secara drastik tanpa harmoni dan relativiti.
Otak, dikawal oleh manusia itu sendiri dan juga nafsu. Jika anda tidak berusaha untuk mengawal otak sendiri percayalah suatu hari nanti anda akan mati kerana nafsu telah menguasai otak.
Sejarah juga membuktikan ramai mereka yang cerdik pandai dilahirkan dikalangan keluarga yang jahil. Jangan tepuk dada tanya selera, sebaliknya kita perlu fikir dan buat apa yang terbaik. Sebagai contoh, jika anda tidak menyukai seseorang, seharusnya anda mengelak dari bertembung. Janganlah memberi pandangan atau persepsi yang tidak baik sebelum anda mengkaji dan berfikir tentang baik dan buruk tindakan yang akan anda lakukan dan ingatlah, majoriti tidak mewakili kebenaran. Kebenaran yang benar harus anda cari dan kaji sendiri.
Kita dilahirkan dengan pelbagai latar belakang, agama, tahap pemikiran dan juga keadaan sekeliling. Perbincangan adalah jalan terbaik untuk mencari satu keputusan yang dapat diterimapakai. Mitos dan juga khabar angin perlulah dikaji terlebih dahulu.
Sejarah tidak memberikan kemajuan, sebaliknya sejarah adalah faktor kemajuan. Tanpa sejarah, kita fikir kita berada di tahap yang selesa, dengan mengetahui sejarah kita akan cuba untuk menambahbaik keadaan sekarang dan seterusnya mengatur langkah untuk masa depan.
Hidup ini tidak lari dari undang-undang dan juga garis panduan. Undang-undang menjadikan seseorang itu berdisiplin serta komited terhadap apa yang diceburi. Garis panduan adalah untuk menjadikan kita berfikir sebelum bertindak.
Ingatlah, sebarang wacana yang dicanangkan tidak semestinya benar, kepada mereka yang tidak tahu akan sejarah sesuatu perkara dengan mudahnya dapat dipengaruhi oleh mereka yang berniat tidak baik. Generasi muda seharusnya tidak mudah melatah kerana rata-rata diantara kita mempunyai taraf pendidikan yang cukup untuk mematangkan pemikiran kita.
Kepercayaan dan kebijaksanaan menjadikan kita unik. Keunikan kita sepatutnya digaul dengan keunikan orang lain demi kemajuan bersama. Kepuasan semua tidak mungkin dapat kita penuhi sekurang-kurangnya kita tidak melakukan perkara yang mencemuhkan mereka.
Hidup ini umpama piramid, jika kita masih lagi berusaha untuk memenuhi keperluan asas, kita tidak mungkin melebihkan kehendak. keperluan dan kehendak adalah berbeza bagi manusia normal. Hidup ini seumpama pertandingan dan ingatlah, “In competition individual ambition serves the common good”. Pertandingan adalah sekelompok (group) manusia yang cuba untuk menunjukan siapa yang bagus di antara mereka dan “best result comes from everyone in the group doing what’s best for himself and for the group.”
Share this content:
Post Comment