Squid Proxy pfSense Firewall Router

pfSense adalah satu firewall operating system yang boleh didapati percuma. Berasaskan FreeBSD, firewall ataupun dinding api ini merupakan satu komponen yang penting dalam rangkaian anda tidak kira di rumah ataupun di pejabat. Simple networking ataupun mesh networking, firewall dapat menghalang dan memberi halangan pertama kepada rangkaian anda supaya tidak dicerobohi oleh pihak yang tidak diingini. Banyak lagi fungsi pfSense termasuk VPN, DHCP server, Proxy, Network antivirus dan lain-lain. Untuk mengetahui tentang firewall dengan lebih lanjut, sila ke http://en.wikipedia.org/wiki/Firewall_(computing)

Squid merupakan proxy software yang sangat diminati ramai pengguna kerana squid adalah robust, high performance dan boleh di “tune” mengikut keperluan anda.

Gabungan kedua elemen ini sangat memuaskan hati, dimana pfsense dan squid dapat memberi khidmat yang baik kepada pengguna rangkaian. Squid perlu di “tweak” dan ditampal dengan patch supaya dapat menjadikannya agressive dan greedy. Storage yang besar diperlukan apabila squid telah diubahsuai.

Lihat prestasi kerja squid yang telah dipatch, terpasang dalam firewall pfSense

Share this content:

Post Comment