Mencelah Perbualan Dengan Hanya Menyebut Suffix
Terdapat beberapa stesyen radio amatur di Malaysia yang suka mencelah masuk perbualan di repeater ataupun simplex operation dengan hanya menyebut callsign belakangnya (maksud: suffix). Callsign radio amatur Malaysia yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya komunikasi dan multimedia. Setiap callsign yang dikeluarkan mempunyai suffix dan juga prefix.
9M2 – ini adalah prefix beserta dengan kod kawasan. 2 untuk semenanjung, 6 untuk sabah dan 8 untuk serawak.
PJU – ini adalah suffix, 3 huruf dibelakang sebagai suffix.
Prefix dan suffix menjadikan callsign. Jika menyebut hanya suffix untuk mencelah masuk perbualan di repeater ataupun simplex operation, itu tidak dikira sebagai callsign. Kita ambil contoh kod Q, QRZ yang bermaksud “who is calling me ?”. adakah dikira Q code jika hanya disebut sebagai RZ ?
Rujuk manual dari IARU bertajuk 1-Eth-operating-IARU-ENGLISH-version3-2010, muka surat 9, para II.3.
Jika anda radio amatur yang memegang isyarat panggilan 9M2PJU, adakah orang lain tau akan kod kawasan anda, kelas anda dan juga negara anda jika anda hanya menyebut PJU untuk mencelah masuk di antara perbualan di frekuensi ?
Sesuatu callsign atau isyarat panggilan radio amatur yang dikeluarkan dalam sesebuah negara mempunyai prefix dan juga suffix. di Malaysia, 9M adalah untuk kelas A dan 9W untuk kelas B, manakala kod kawasan adalah 2, 8 dan 6. 3 huruf dibelakang adalah suffix. Kalau masuk mencelah di antara perbualan, dengan hanya menyebut suffix. Adakah itu callsign yang sah ?. Sesungguhnya umur, darjat, bangsa, dan lain-lain yang berkaitan tidak sesekali menghalalkan apa jua kesalahan. Yang betul seharusnya betul dan yang salah semestinya salah. Rujuk kepada tatacara dan SOP. Guidelines di keluarkan untuk dibaca. Tiada kompromi.
Tiada niat penulis untuk tunjuk lagak, tunjuk pandai ataupun tunjuk hebat. Jika anda lebih mengetahui dari diri penulis, perbetulkan jika penulis ini salah.
Share this content:
Post Comment