Tahukah anda, terdapat 2 kaedah pembelajaran kod Morse yang popular? Pertama, kaedah Farnsworth. Kaedah ini diajar untuk menerima kod pada kelajuan yang diinginkan tetapi dipanjangkan space di antara huruf supaya mengurangkan kelajuan kod sebenar untuk memberi masa berfikir supaya senang untuk sesi pembelajaran. Jika berjaya mengenalpasti kesemua huruf, bilangan spaces antara huruf dikurangkan sedikit demi sedikit supaya mencapai kelajuan sebenar yang diinginkan. Kaedah farnsworth dinamakan sempena Donald R. Farnsworth W6TTB. Kaedah kedua adalah kaedah Koch. Kod dihantar pada kelajuan sebenar yang diingini, tetapi cuma bermula dengan 2 set huruf sahaja. Apabila 2 set huruf ini dapat dikenal dengan sepenuhnya barulah ditambah dengan set huruf selanjutnya sehingga lengkap kesemua huruf. Kaedah ini dinamakan sempena pakar saikologi Jerman, Ludwig Koch.

By 9M2PJU

Amateur radio operator from Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *