Pada 22 dan 23 haribulan September 2012, saya telah mengikuti satu program dxing yang telah dianjurkan oleh group Facebook “My10m”. Organizer yang terlibat adalah Salehan 9W2SBD bersama Rahmat 9M2RMT. Saya telah dijemput untuk menyertai program ini seawal bulan puasa lagi. Untuk tidak mengecewakan pihak penganjur, saya telah meluangkan masa untuk bersama mereka yang juga rakan-rakan yang lain.

Jadual aktiviti,

  1. Berkumpul di Pekan Kuala Kubu Bharu pada pukul 12 tengahari.
  2. Bergerak ke lokasi dxing di Kampung Gerachi pada pukul 2.30 petang.
  3. Persiapan peralatan radio dan juga antenna serta khemah dan juga tempat makan pada pukul 4 petang.
  4. Aktiviti mencari stesyen radio amatur yang jauh (dxing) dimulakan pada 7.30 petang setelah selesai antenna dan radio dipasang.
  5. Acara makan pada pukul 9 malam 
  6. Persiapan untuk pulang pada pukul 9 pagi keesokkan harinya.
Berikut adalah sedikit gambar (tidak mengikut urutan kejadian),

Antara peralatan yang digunakan adalah,
  1. G5RV JUNIOR
  2. 10M MONO BAND YAGI
  3. YAESU FT897D
  4. dan lain-lain

Jumlah stesyen yang berjaya dihubungi adalah, 
Mode CW – operator 9M2PJU
165 Station
Mode SSB – operator 9W2CEH, 9W2EDU, 9W2SBD, 9M2RDX
47 Station
Mode PSK – operator 9M2RDX
28 Station
Terima kasih kepada mereka yang terlibat, 9W2SBD, 9M2RMT, 9M2AIA, 9M2TPT, 9W2RUT, 9W2CEH, 9M2RHQ, 9M2RDX, 9W2EDU, 9M2KRZ, 9W2SUF dan lain-lain.
Video di bawah di rekod oleh Bonar 9W2CEH


Keadaan Bonar 9W2CEH selepas semalaman berjaga

 

By 9M2PJU

Amateur radio operator from Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *