9M2SR – 17th Gurkha Divisional Signal Regiment Sikamat Camp

Tahun 1997 hingga 1998, Christo Pelster dari Sweden telah beroperasi menggunakan callsign 9M2SR ketika beliau berada di Malaysia.
May be an image of 2 people and text that says 'SPEED IN CAMP M.PH LAMJUNG CAMP 17 GURKHA DIV SIG REGT GURKHA ROYAL SIGNALS'
Namun pada tahun 1957, callsign 9M2SR terlebih dahulu digunakan sebagai amateur radio club callsign oleh 17th Gurkha Infantry Divisional Signal Regiment. Pegawai memerintah pasukan itu adalah Leftenan Kolonel J. C. Clinch pemegang callsign 9M2ER (ex VS2ER, pegawai semboyan yang bertanggungjawab kepada komunikasi ketika peristiwa kemerdekaan) dan station master kelab itu adalah Mike Groom G3WME yang juga pemegang callsign 9M2DG.
No photo description available.
Satu-satunya tentera Gurkha yang mempunyai callsign Malaysia ketika itu adalah Koperal Tikarum Gurung, 9M2TG.
May be a graphic of 1 person, blueprint and text that says 'ඊã 9M2SR is the club station of 17 Gurkha Signal Regt., now at Seremban, Malaya Their Tx an ET-4336, which has been extensively modifie and rebuilt by club members -in the photo- graph is Tika Gurung, first Gurkha operate bands. the rig puts outa good signal. The has sister atlons in 9N1BG Dharan, and VS4CS. Kuching, also operated by Gurkha Signal Regt. members, The Regiment Lt. Col. Clinch, 9M2ER who says he tries to keep his end with his 50w., against this keen competition'
Sedikit sejarah tentang penubuhan 17th Gurkha Infantry Divisional Signal Regiment. Ditubuhkan pada 1 September 1952 di Kem Jalan Maxwell (Kini dikenali sebagai Jalan Tun Ismail) untuk menyediakan komunikasi kepada 17th Gurkha Division ketika The Malayan Emergency. Pada tahun 1953, kem itu ditukar nama kepada Kem Lamjung. Pada tahun 1966, berpindah ke Kem Sikamat, Seremban. Pada tahun 1970, 17th Gurkha Divisional Signal Regiment telah dibubarkan.
May be an image of 9 people
Pada masa kini, pasukan semboyan dari kalangan Gurkha dalam tentera British dikenali sebagai Queen’s Gurkha Signals. Pada tahun 2019, tentera Gurkha yang pernah berkhidmat telah diberikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan Kem Sikamat pernah menjadi rumah bagi Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja, 4 Rejimen Artileri Diraja dan sekarang ini dibawah Briged Infantri Pertama Malaysia.
May be an image of 2 people and text that says 'MAJLIS SERAH MENYERAH KEM SIKAMAT 17 JUN 2020'
73,
9M2PJU

Post Comment